Thursday, February 7, 2013

Pengenalan - Kayuhan Amal Komuniti 2013

Salam Buat Semua Rider Malaysia!!

         Program tahun ini, Kolej Komuniti Bukit Mertajam dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga akan menganjurkan satu acara Kayuhan Amal Komuniti berkonsepkan 'Fun Ride & Charity' pada ahad, 17 Mac 2013 bagi menggalakkan komuniti sekitar untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
     Pada tahun 2011, Kolej Komuniti Bukit Mertajam pernah menganjurkan Kayuhan Basikal Komuniti dan kini kali ke-2 program ini dijalankan sejauh 36.5km++ dijangkakan akan memberikan satu pengalaman yang amat mengujakan untuk peminat sukan berbasikal yang pada awalnya hanya menyasarkan penyertaan seramai 200 orang peserta, tetapi telah mendapat sambutan  yang bagus sekali.. Kami menyasarkan 400 peserta pada kali ini.
*Laluan kini berubah dari 36km ke 42.9km disebabkan baikpulih titi di hadapan banggunan UMNO.


Objektif
  1. Memupuk gaya hidup sihat dikalangan belia dan juga komuniti setempat.
  2. Membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar, remaja dan komuniti.
  3. Menjalinkan satu ikatan kemasyarakatan dalam komuniti sekitar.
  4. Memperkenalkan Kolej Komuniti kepada Masyarakat.
  5. Membuat kerja-kerja amal untuk komuniti setempat.
JOM...KITA RAMAI-RAMAI KAYUH...FUN RIDE & CHARITY!!!
Pertandingan mewarna!!
Pertandingan sulaman manik!!
T-shirt+Medal+Lucky Draw+Nasi Tomato/Dalca+Buah-buahan+Macam2 Minuman+Goodies Beg dan ++ = RM20 jee
*Pendaftaran awal di Kolej Komuniti BM pada hari Sabtu 16Mac2013, untuk mengambil Goodies Beg & Tshirt . 
Pada  jam10am-12pm /3pm-6pm. 



Makluman: Penyertaan kayuhan komuniti 2013 telah diTUTUP. Laluan kini berubah dari 36km ke 42.9km
Yuran penyertaan RM20 seorang. 
(termasuk makanan yang disediakan oleh penganjur)
Tarikh tutup penyertaan pada  28 Feb 2013, Cepat sebelum terlambat penyertaan terhad kepada 400 peserta sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila hubungi kami:

Pertanyaan Teknikal :
EN. WAN AZRI  No.HP : 017-599 8568
EN.MAHATHIR No.HP: 016-461 1294

Pendaftaran serta pembayaran : 
KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM   
NO.TEL    : 04-537 8349